Wednesday, November 3, 2010

Kisah SAHABAT .........

Align Center
Dua orang sahabat mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru.

Setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika tiba disebuah persimpangan.

Sahabat pertama yang berbadan tegap dan besar tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar pipi sahabat karibnya yang berbadan kurus kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri.

Sahabat yang ditampar tadi, terkejut. Dia tidak menyangka sahabatnya akan bertindak sedemikian. Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus itu termenung seketika.

Dia mengambil sebatang kayu , lalu memandang ke tanah.

“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU”

....tulisnya di atas pasir tempat dia berdiri.

Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar.

Dua sahabat itu meneguk air sungai dan kemudian mandi untuk menyegarkan badan yang keletihan.

Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Hampir sahaja dia lemas tapi dia bernasib baik kerana diselamatkan oleh kawannya yang berbadan besar dan tegap itu.

Di atas tebing yang berbatu itu, sahabat yang berbadan kurus itumengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu.

Kemudian, dia
menulis pada permukaan sebongkan batu besar berhampiran sungai itu dengan perkataan,

“ HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU”

sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga.

Dia bertanya,,,

“ Selepas aku menampar pipimu , kau metulisnya di atas pasir tapi sekarang bila aku menyelamatkan nyawamu kau mencatakannya di atas batu,kenapa??

Jawab si sahabat yang berbadan kecil itu, “ Apabila seseorang itu melukakan hati kita, catakan di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi bila seseoranag itu melakukan kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya..................




Api kemarahan mampu dipadamkan dengan angin kemaafan...

Namun

“UNTUKU MEMAAFKAN, DIRIKU BOLEH TAPI....UNTUK MELUPAKAN HATI INI TIDAK BISA”



2 comments:

  1. mungkin angin dpat menutupi bekas tulisan... tapi ianya tidak dengan serta merta... kita mampu memaafkan... Let the tyme be ^^,

    ReplyDelete