Monday, November 21, 2011

buruk dan baik....

Rasa tertarik tuk aq kongsikan satu cerita y aq baca....membaca kisah nie buat aq berpikir y setiap y buruk pasti akn ada baiknya....kerna DIA lebih tahu y terbaik buat hambanya...

so bila aq baca kisah nie aq berpikir bhwa suka atau tidak aq kena terima keburukan y menimpa dlm hidup aq kerna pasti akn ada baiknya dikemudian hari...aq hanya harus sabar menunggu kebaikannya...sila lah baca cerita nie n renung2kan..hehe

Terdapat seorang Raja y sgt dikasihi o rakyat jelata...RAJA itu terkenal dengan kepintaran dan keadilannya dalam memerintah...di kalangan org bijak pandai, terdpt seorg y dikasihi o Raja...selalunya raja akan mendengar setiap kata dan saranan drp org bijak pandai itu dlm apa jua keadaan..

Suatu hari, Raja ditimpa malang...jarinya cedera digigit anjing..maka baginda bertnya pada org bijak pandai itu berkenaan apakah petandanya...si cerdik pandai itu mejawab "Baik atau buruk pyh utk disebut"....

akibat keadaan jari baginda makin teruk lalu jarinya terpaksa dipotong..sekali lagi Raja bertanya pada org cerdik pandai apakah petandanya baik atau buruk...

sekali lagi dia menjawab.."Baik atau buruk pyh utk disebut"...Raja menjadi marah apabila mendengar jawapan it lalu dia disumbatkan ke dlm penjara...

Suatu hari, baginda pergi berburu ke dlm hutan. ketika seronok berburu, baginda terpisah drp kumpulannya dan dia makin tersesat jauh. Keadaan bertambah buruk apabila baginda ditangkap o org asli y tinggal di dlm hutan itu...mereka hendak jadikan Raja sbgai korban upacara keagamaan...

namun begitu, apabila mereka menyedari ada kecacatan pd jari, baginda pun dilep

askan. kata org asli itu " org cacat tidak layak dijadikan persembahan kpd tuhan."....maka teringatlah Raja tentang kata2 org bijak pandai itu ""baik atau buruk pyh utk disebut"...

Sekembalinya Raja ke istana, baginda menitahkan bahawa org bijak pndai itu dibebaskan dr penjara...org cerdik pandai itu x berasa kesal dgn hukuman y diterima malahan dia berterima kasih kpd Raja...

"Apakah kamu tidak mahu melahirkan rasa marah?" soal Raja....jawap c cerdik pandai....

"Bukanlah perkara buruk tuanku memenjarakan patik. Jika patik tidak dipenjarakan, sudah tentu patik mengikut tunku berburu di hutan dan sudah tentu patiklah y menjadi korban oleh org asli berkenaan sebab patik x mengalami sebrg kecacatan."

p/s:-Setiap y berlaku ada hikmahnya,,,dlam buruk ada baiknya...



sumber:-Buku Membina Cinta Syg (HM.TUAH)


No comments:

Post a Comment