Ketika berusia setahun , ibu suapkan kita makanan dan mandikan kita
Cara kita ucapkan terima kasih dengan tangisan sepanjang malam.......
Apabila berusia dua tahun, ibu mengajar kita bermain
Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.....
Menjelang tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang
Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan kelantai........
Ketika berusia empat tahun, ibu belikan sekotak pensel warna untuk kita belajar mewarna
Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding........
Berusia lima tahun, ibu belikan sepasang baju baru
Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lumpur...............
Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah
Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, “ tak nak, tak nak.”..............
Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar kita ke sekolah
Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah............
Menjelang usia tiga belas tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat
Kita ucap terima kasih dengan memberitahu pakaian itu sudah ketinggalan zaman..........
Ketika usia 15 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk bayar yuran sekolah dan asrama
Kita ucap terima kasih dengan tidak mengutus surat pun..............
Berusia 16 tahun, ibu rindukan peluk cium kita bila pulang dari kerja
Tapi kita ucap terima kasih dengan menguncikan diri dalam bilik...........
Bila dah berusia tujuh belas tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting
Kita bergayut di telefon sepanjang malam..........
Ketika berusia lapan belas tahun, ibu menangis gembira bila tahu kita dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA
Kita ucapkan terima kasih dengan keluar bersuka ria dengan rakan-rakan.........
Ketika usia dua puluh tahun, ibu bersusah payah ke kampus dengan mengheret beg yang besar ke bilik asarama
Kita ucapkan terima kasih dengan selamat jalan kepada ibu kerna malu dengan kawan.........
Berusia dua pulu satu tahun, ibu bertanya dah ada teman istemewa belum????
Kita kata....itu bukan urusan ibu..........
Menjelang usia 22 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan tentang rancangan masa depan
kita menjeling dengan merungut............ “ibu, tolongla!!!!!!!!!!!!”
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menguruskan majlis perkahwinan kita dan menangis memberitahu yang dia sayang sangat kat kita
Kita ucapkan terima kasi dengan berpindah jauh.........
Pada usia 26 tahun, ibu telefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi
Kita dengan megah berkata itu petua kuno....
Apabila berusia 30 tahun, ibu menelefon mengigatkan kenduri saudara kat kampung
Kita berkata.............. “ kami sibuk, tak ada masa nak datang.”
Apabila berusia 32 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya
Kita bercerita tentang kesibukan kerja dan kisah ibu bapa yang membebankan anak-anak..........
Dan kemudian pada suatu hari, kita mendapat berita bahawa ibu meninggal dunia........
berita itu bagai petir yang menyambar........lelehan air mata serta satu persatu perbuatan kita pada ibu satu persatu menerpa ke dalam benak kita............
KADANG KALA KITA PERLU MENANGIS SUPAYA KITA TAHU HIDUP INI BUKAN SEKADAR UNTUK KETAWA.........TAPI KADANG KALA KITA PERLU KETAWA SUPAYA KITA TAHU MAHALNYA SETITIS AIR MATA ITU................
p/s:_sygi ibu kite sementara dia masih bersama kita...
I really miss my mom and my family right now...
sebab2 lah post nie terpapr kat blogku..huhu
sebab2 lah post nie terpapr kat blogku..huhu
nak pegi pelok cium ibu saya...
ReplyDeleteitu lah y sye nk buat skrg..p terpkse tunggu masenye,,huhu
ReplyDeletehmmm sabo la, dh x brpe hr dah...hehe
ReplyDelete